Famili Amani
BANTUAN PERUBATAN PERCUMA UNTUK GOLONGAN GELANDANGAN & MISKIN
Klinik Amani secara aktif mengambil bahagian dalam program amal anjuran MIASA.
Pemeriksaan dan rawatan serta ubatan percuma diberikan kepada golongan gelandangan dan miskin di kawasan Chow Kit.
​
Semoga amal ini diterima Allah SWT.
PROGRAM GENG MASJID
Program Geng Masjid adalah program tajaan Klinik Amani sepenuhnya dengan kerjasama 6 buah masjid & surau berdekatan untuk memakmurkan rumah Allah SWT.
​
Adik-adik yang berjaya melengkapkan solat secara berjemaah sebanyak 20 kali sebulan layak mendapat hadiah voucher KFC dari Klinik Amani.
​
ALhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan
PROGRAM KOMUNITI
Klinik Amani telah menaja sebanyak 10 team untuk Pertandingan Netball Shootout anjuran ahli MPKj.
​
Inisiatif ini diambil untuk menerapkan semangat, daya saing yang tinggi & amalan gaya hidup sihat dalam komuniti setempat.
PROGRAM SUNATHON
Setiap tahun, team Klinik Amani sentiasa dipilih untuk sama-sama menjayakan program sunathon yang dianjurkan oleh pihak berkuasa tempatan.
​
Lebih 100 orang kanak-kanak berjaya dikhatankan setiap tahun melalui program amal ini.
PROGRAM MENCARI PEMUDA KAHFI
Program Mencari Pemuda Kahfi adalah program khas bersempena Ramadhan.
​
Adik-adik yang mengerjakan solat Terawih secara berjemaah sebanyak 20 kali di masjid & surau terlibat layak mendapat RM100 dari Klinik Amani.
​
Lebih 20 orang peserta telah pun berjaya dipilih sebagai pemenang program Mencari Pemuda Kahfi 2023.
BANTUAN BANJIR
Klinik Amani berpeluang untuk turun padang membantu mereka yang terlibat dengan banjir di kawasan Bangi & Semenyih.
Semoga bantuan yang diberikan dapat meringankan beban mangsa banjir yang terlibat.